Budak Gganu Kiter

Inilah blog saya yang terkini (dah berapa banyak blog saya pun tak tau, dah lupa dah.....)

Projek MPV Terbaru HONDA - 15 Penumpang

Posted by Al-fakirilallah On 7:24 AM 0 comments



Honda kali ini mendahului pengeluar dunia dalam mengeluarkan kereta pelbagai guna "MPV". Kapasiti penumpang atau muatan jauh meninggalkan pencabar terhebat di dunia termasuklah Toyota Motors.

Ini kerana, Honda memerlukan enjin yang bersaiz kecil, berbanding dengan pengeluar-pengeluar lain.

Teruk lah Proton kali ini. Macamana pulak MPV Proton hendak mendekati pasaran ini.

PRK Bukit Gantang Lagi

Posted by Al-fakirilallah On 6:53 PM 0 comments



Baru sekejap tadi, aku membelek-belek gambar-gambar bersama rakan-rakan DUN N29 Seri Serdang, khususnya UPU Puchong Indah. Rasa gembira aku yang tak habis-habis mengenangkan bertapa usaha aku dan juga rakan-rakan yang lain yang amat sedikit itu, akhirnya dapat mengecapi nikmat kemanisan berjuang di medan siasah. Itulah PRK P036 Parlimen Kuala Terengganu tanggal 17hb Januari 2009 yang lepas.


Puas setelah melihat gelagat dan rentak yang ditunjukkan oleh ke semua rakan-rakan. Kalau diupah pun, aku cukup yakin rakan-rakan tidak melakukan perkara sedemikian. Perlakuan mereka dalam meraih undi PAS, rata-rata dibuat atas sifat bersahaja tanpa disedari. Semberono sahaja. Tanpa melalui proses lakonan pun! MasyaAllah, hebat!



Genap seminggu yang lepas, lebih kurang dengan rakan-rakan yang sama, kami turun ke Bukit Gantang dengan satu tekad. Tekad untuk bersama-sama memberi semangat dan sokongan kepada PAS sempena hari penamaan calon PRK P059. Calon kami, calon PAS ialah YAB Datuk Ir Nizar.

Kami akan berkunjung lagi ke Bukit Gantang. Seolah Bukit Gantang menggamit kami, memanggil untuk meraih sokongan dari pelbagai aspek; keringat, idea, sumbangan duit dan juga masa. InysaAllah, kami sudah melakukan tekad. Tekad untuk menyaksikan dan memastikan kemenangan PAS dan PR yang berterusan.

Ayuh kita semarakkan semangat juang, kitalah yang memastikan Islam itu dimertabatkan dan yang batil itu mesti dihumban.