Budak Gganu Kiter

Inilah blog saya yang terkini (dah berapa banyak blog saya pun tak tau, dah lupa dah.....)

Hebat Juga Manusia Bernama Ir Nizar Jamaludin

Posted by Al-fakirilallah On 9:17 PM 0 comments


Mau atau tidak, semua telah melihat Negari Perak yang telah selama hampir 10 bulan di terajui oleh Pakayan Rakyat tersungkur dan lebur angkara perbuatan jahat juak-juak UMNO. Proses rampasan kuasa oleh pemimpin yang rakus dan zalim telah dibuktikan.

Kini, rakyat Negeri Perak menunggu dengan penuh sabar untuk menghukum mereka yang zalim itu. Terkini, terdapat 1 kekosongan wakil Parlimen akibat dari kematian wakil parlimen PAS, YB Roslan. Ini medan terbaik untuk rakyat membuktikan bertapa kejatuhan kerajaan PR Perak tidak mungkin berlaku. Yang berlaku hanyalah rampasan kuasa.

Kelmarin, tanggal 11 Frbuari 2009, saya bersama-sama dengan beberapa kawan berkesempatan untuk berada di Setiawan Perak, hanya beberapa hari selepas rampasan kuasa berlaku. Pemergian kami ke Setaiawan Perak adalah atas urusan kerja yang lebih tertumpu kepada "public relation services" yang secara kebetulannya, pelanggan kami itu berketurunan Cina.

Kami telah dibawa oleh mereka makan di sebuah restoran MAMAK di pekan Seri Manjung. Dalam bercerita perihal perniagaan kami, kami sempat menyelitkan beberapa perosalan situasi politik di Perak. Sebelum mendapat respon dari pelanggan tersebut, dari tindak-tanduk dan gaya percakapan kami sudah menjangkakan jawapannya.

Jawapannya ringkas sekali, "Rakyat Perak khususnya keturunan Cina, memang menolak "peralihan kuasa" secara mutlak. Itu adalah pendirian yang ditunjukkan oleh masyarakat berketurunan Cina.

Cumanya "penolakan" itu dijelmakan dalam suasana yang berbeza. Kaum Cina kurang gemar untuk membuat protes secara terbuka seperti demonstrasi. Mereka katanya lebih suka memilih untuk menggunakan kertas UNDI. Pelanggan tersebut mencabar saya, sekiranya UMNO memilih untuk membubarkan DUN, "UMNO mesti BUNGKUS!" katanya dengan selamber.

Berbalik kepada pengaruh yang ada kepada Dato' Nizar, ianya amat jelas sekali. Pelanggan saya ini tanpa segan mengatakan, tidak pernah ada lagi menteri besar yang sehebat Nizar ujud di Negeri Perak sebelum ini. Nizar dan juga pegawai2 (YB YB yang lain kot) amat senang untuk turun padang bertemu rakyat yang memilih mereka. Besungguh-sungguh pelanggan saya itu menceritakan.

Ini mungkin bertepatan sekali. Saya secara peribadinya pernah sekali melihat ribuan manusia membanjiri sebuah Masjid di Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu pada satu khutbah Jumaat. Kehadiran saya yang agak lewat itu menyebabkan saya duduk jauh dibelakang beralaskan tikar di atas kawasan letak kereta. Tanpa saya menyerdari, kenapa dan mengapa, saya hanya melabuhkan punggung saya seterusnya mendengarkan ucapan khutbah "berapi" yang sedang disampaikan.

Rupa-rupanya masih terlalu ramai lagi manusia dibelakang saya. MasyaAllah, ramainya!
Khutbah yang disampaikan begitu tertib susunan kata-katanya dengan pengisian yang menyeru manusia supaya bersama-sama berjuang memartabatkan Islam di bumi Allah ini. Saya mendengar dengan penuh keinsafan. Terfikir sungguh untuk saya bertanya. Manusia mana pulak didatangkan oleh Allah dengan begitu hebat pidatonya.

Sedudah habis solat fardhu Jumaat, pintu keluar telah begitu sesak. Dan baru lah diketika itu saya maendengar manusia berbisik2, itulah Ir. Nizar Jamaluddin- Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Hampir menistis air mata saya mengenangkan bertapa saya dangkal mengenal pemimpin aku yang sebenar dan selalu disanjungi rakyat. Pun begitu saya bersyukur sekurang-kurangnya saya pernah mendengar sendiri dengan teliga yang dihadiahkan oleh Allah kepada saya bahawa PAS tidak ketandusan pemimpin. Sebab PAS adalah berbeza dengan PKR apatah lagi dengan UMNO parti yang kufur itu.

Saya keluar dari pintu pagar Masjid Wakaf Mempelam dengan rasa penuh kesyukura yang termat sangat.

Allahuakbar!

Categories:

0 Response for the "Hebat Juga Manusia Bernama Ir Nizar Jamaludin"

Post a Comment