Blog-blog & website kendalian saya akan memulakan beberapa perubahan, sedikit demi sedikit sehinggalah menjurus kepada Rombakan Terbesar terutamanya blog berasaskan blogspot.
Saya cuba menumpukan hanya kepada satu blog peribadi sahaja dan juga hanya website perniagaan milik saya serta hanya blog/web yang dilaksanakan atas sifat jemaah. Rasanya agak terbeban juga dari segi masa apabila saya tidak dapat memberi tumpuan kepada sesuatu blog kendalian saya, sehingga kurangnya posting yang diutarakan. Ini menjurus kepada blog-blog tersebut menjadi basi dan hambar.
Melihat kepada beberapa blog kawan-kawan yang sengkatan, blog mereka telah jauh kehadapan dengan capaian-capaian yang tingggi dengan kunjungan pelawat yang tidak putus-putus.
Sedikit-sebanyak, itulah yang membakar hati dan jiwa saya untuk tidak lagi mejadi sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Mudah-mudahan.
Categories:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 Response for the "Rombakan Terbesar"
Post a Comment