Tanggal 8 Febuari 2009, Warga Puchong khususnya sekitar Puchong Perdana (landmark) telah melakar satu sejarah manis buat pencinta-pencinta Rumah Allah.
Masjid As-Salam Puchong Perdana telah dikuasai sepenuhnya oleh Warga PAS. Pada malam tersebut telah diadakan pemilihan Jawatankuasa Masjid untuk sesi 2009 - 2011 yang telah dihadiri sekitar 500 orang anak kariah. Walaupun kehadiran adalah jauh lebih rendah berbanding dengan jumlah pendaftaran sebenar iaitu kira-kira 4000 orang, namum ianya cukup merimaskan pada awalnya.
Seperti biaslah, UMNO yang selalu dengan helah dan taktik-takti kotornya, sedikit sebanyak telah membuat saya sedikit khuatir akan penguasaan sebenarnya boleh berlaku. Namum saya cukup yakin, orang-orang PAS dikelilingi oleh ulama'-ulama' dan orang-orang alim yang tiada siapa jua mengenalinya kecuali ALLAH. Mereka ini tak pernah jemu menadah tangan momohon kepada Allah swt untuk mengurniakan sebuah kejayaan yang sudah lama diidam-idamkan.
Mengimbau kembali peristiwa hitam yang berlaku sekitar 3 tahun yang lepas, bilamana Madrasatul Al-Ikhwan Puchong Perdana telah di"robohkan" oleh JAIS atas kehendak JUAK-JUAK UMNO. Di surau tersebutlah ramai dari warga Puchong telah dapat mempelajari Ilmu Agama dengan agak sempurna dan tertib.
Di kala itu, hampir tak terbilang berapa ramaikah yang menangis mengenangkan bertapa Jahatnya Umno dan yang paling sedihnya mereka tidak takut akan dosa-dosa yang mereka kerjakan. Subhanallah
Rupa-rupanya, benarlah janji-janji Allah. Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar (Innalllah hamassobirin!).
Kini Allah telah memberikan yang lebih besar lagi. Ya! Masjid As-Salam sebuah mercu tanda yang hebat dikalangan warga Puchong.
Kami datang kepada mu ya Masjid As-Salam. InsyaAllah dengan janji untuk lebih memakmurkan rumah Allah ini dengan meletakkan institusi Masjid pada tempatnya yang hak.
Dan yang pastinya selepas ini ialah, sebuah pengorbanan berbentuk Lillah hita'ala merupakan tuntutan atau amanah segenap lapisan masyarakat yang cuba kami galas sebaik mungkin.
Allahuakbar!
Categories:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 Response for the "Syukur Alhamdulillah - Masjid As-Salam Ditawan Sudah"
Post a Comment